Thursday, July 30, 2009

tak lama lagi puasa!!

Tak lama lagi kita akan menginjak ke bulan Ramadhan..Bulan penuh kemuliaan..
Pada sahabat2 yang belum lagi habis menggantikan puasa..jom berpuasa..di sini saya sertakan artikel pilihan dari koleksi alaf21 sebagai informasi bagi shbt2..

Soalan
Saya ada tertinggal dua hari puasa yang mana saya tidak sempat menggantinya hinggalah masuk bulan ramadan yang berikutnya. Soalan saya:

1. Adakah saya perlu gandakan puasa saya menjadi 4 dan bayar fidyah untuk 2 hari yang tertinggal ataupun puasa 2 hari yang tertinggal dan bayar fidyah untuk 4 hari.

2. Benarkah bayaran fidyah untuk 1 cupak beras itu sama nilainya dengan bayaran zakat fitrah.
3. Bagaimanakah cara mengqada puasa atau membayar fidyah jika saya telah terlupa bilangan hari yang tertinggal itu?

Jawapan:

Bertaubatlah kepada ALLAH kerana melambatkan qada puasa dan menyesal atas perbuatan kamu itu. Kamu hanya perlu mengganti puasa sebanyak dua hari yang ditinggalkan jika diyakini.

Ulama berbeza pendapat sama ada perlu membayar fidyah atau tidak. Pendapat yang terpilih, tidak perlu membayar fidyah. Inilah pendapat yang dipilih oleh Imam al-Bukhari dan Abu Hanifah berpandukan zahir firman ALLAH di dalam Surah al-Baqarah. Manakala Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat sebaliknya, iaitu perlu membayar fidyah.

Firman ALLAH S.W.T :
“Sesiapa antara kamu yang sakit atau musafir, mereka wajib mengganti hari-hari yang ditinggalkan boleh mengganti pada hari-hari lain.” –Surah al-Baqarah: 184

Mengenai nilai satu cupak, tentulah tidak sama. Secara anggarannya, satu kilo itu melebihi satu cupak. Namun, yang terbaik jika ingin membayar fidyah berserta mengqada puasa, berilah makan kepada fakir miskin hingga mereka kenyang.

Manakala, sseorang yang melengahkan ganti puasa pula terbahagi kepada dua golongan berikut:

1. Golongan yang melengahkan atas alasan yang sah di sisi syarak seperti sakit berpanjangan. Jika hal ini berlaku, seseorang itu boleh menggantikan puasanya selepas bulan Ramadan yang dilaluinya itu.
2. Golongan yang tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengahkan perkara itu. Contohnya, dia berupaya menggantikan puasa itu tetapi tidak melakukannya sebelum Ramadan bermula dengan sengaja.

Orang ini berdosa kerana gagal menggantikan puasa tanpa alasan yang sah. Para ulama bersepakat bahawa dia hendaklah menggantikan puasa itu dan bertaubat kepada ALLAH. Tetapi, ulama berbeza pendapat sama ada dia perlu membayar fidyah atau tidak. Pendapat yang terpilih, tidak perlu membayar fidyah dan hanya menggantikan puasanya sahaja. Wallahu a’lam.

Wednesday, July 1, 2009

7.49 pg - Rabu- 1 Julai 2009

Hari ketiga bekerja di Sarawak Energy Berhad(SEB)..syarikat yang lebih femes dgn nama SESCO..kerja sungguh penat..mungkin sbb sudah terlalu lama membiarkan otak tidak berfungsi selama hamper sebulan ini..Bidang tugas sungguh mencabar tapi membosankan sebab ala2 membuat fyp..tapi anjang cakap , ustaz pahrol juoi ckp..org ikhlas selalu semangat..so I have to bersemangat..ikhlaskan niat bekerja sebagai salah satu ibadat dan semuanya kerana Allah SWT..hanya sebab Allah baru lepas rs berat nk bekerja ni..
Siapa2 mahu tolong carikkan info psl renewable energy specifically on biomethanol..dialu2kan member sumbangan..hehe..
Okla..sy mahu stat keja ni..xnk mengular..takut duit gaji tak berkat..