Monday, February 23, 2009

hidup tak lama, mati dtg tiba2

Pagi beberapa minggu yg lepas, aku dan beberapa sahabatku mengadakan program ziarah kubur di Tanah Perkuburan Kampung Bali. Antara objektif program adalah zikrulmaut(mengingati mati) dan mencari keredhaan Allah. Di dalam program ini kami berkongsi adab2 berada dikuburan. Antara adab yang mesti dipatuhi semasa berada di kuburan adlh:
1.Tdk boleh berjalan melangkah kubur atau duduk di atas kubur
2.Tdk boleh solat di atas kubur, kecuali org yang tdk sempat menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan.Terhad selama sebulan sahaja.Selepas itu no more solat atas kubur.
Selain itu kami membincangkan amalan2 adat yang bertentangan dgn Islam seperti amalan2 khurafat contohnya memohon hajat dari karamah kubur dan membina kubur yang tggi2. Kami juga mengambil kesempatan itu dgn membersih serba sedikit kuburan yang ada. Program sebegini sgt bagus dan merupakan salah satu cara untuk kita mengingati mati. Antara cara2 lain untuk mengingati mati adlah:
• Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa.
• Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati2.
• Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik.
• Sedarilah bahawa kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Juga Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat2.
Pulang2 sahaja dari kubur di tengahharinya, terkejut dgn berita pemergiannya seorang sahabat, seusia dgnku, Noshida Adnan. Walaupun kami bukanlah rapat, tetapi kepergiannya amat terkesan dalam hatiku. Kematian yang selalunya sinonim dgn orang yang sudah lanjut umur sebenarnya tidak mengenal usia. Samada tua, muda, miskin, kaya, kematian itu pasti menjengah bila2 masa. Sepatutnya sudah tidak ada ayat2 seperti “kita masih muda, enjoy la dulu. Da tua esok2 baru bertaubat”.Saya fikir, peristiwa ini adalah satu medan yang terbaik kepada kita, para siswazah khususnya dan semua anak2 muda untuk bermuhasabah dgn apa yg berlaku. Apabila suatu kematian berlaku, kita bukan hanya perlu menangis, bersedih dan berduka cita. Apa yang penting sekali, kita ambil iktibar dari kematian tersebut, berusaha membaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Kematian ini merupakan salah satu tarbiyah dari Allah, agar kita mengingati bhwa hidup ini hanyalah kesenangan yang sementara.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati(Surah al-Anbia, ayat 34).
Alfatihah buat Allahyarhamah Noshida Adnan.

Tuesday, February 17, 2009

Tag dari Alin dan husna

1. How old are you?
22, will be 23 on this coming 17th Jun. InsyaAllah.

2. Are you single?
I'm single! =D

3. At what age do you think you'll get married?

Ikotkan my plan, nak kawen 1.1.10. umor ms tu 23 thn nk msk 24..tapi kita merancang, perancangan Allah itu lebih baik

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?

nobody is with me now.apapun jodoh di tangan Allah..hanya Dia yang tahu

5. If not, who do you want to marry?

i'll ask my family to find one.x pun mintak murabbi carikkan..

6. Who will be you bridesmaid and bestman?
Bridesmaid.. x perlu ada..xnak sanding.

7. Do you want a garden/beach wedding or traditional wedding?

kenduri doa selamat cukop

8. Where do you plan to go on honeymoon?

X nk honeymoon.membazir.

9. How many guests do you think you'll invite?

depends on budget.Walimah Walimatul 'urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).
Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang shalih, baik kaya maupun miskin, karena ada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :
"Artinya : Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa". (Hadist Shahih Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa'id Al-Khudri).

10. Will that include you exes?

xde exes.

11. How many layers of cake do you want?

xperlu membazir-bazir..Allah tak suka org yg berlebih2an ni..Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”

12. When do you want to get married, morning or evening?

selalunya kat kampung buat pagi2..

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding:

xdenye nak tempah kugiran..lagho ajer.

14. Do prefer dine dining or just normal spoon, fork and knife?
Tangan je!ikut sunnah..=)

15. Champagne or red wine?
MasyaAllah...kan ke haram bendalah tu..air sirap sudah memadai rasanya..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

xnk honeymoon.xpenting.

17. Money or household items?
Apa mksd soalan ni??adakah nk tnye, sy suka hadiah dr tetamu samada duit atau household?kalo gitu, ape2 pun x kisah..dtg aje pun ckop..tapi utk senarai org dibwh kena beli seperti berikut:

Sukma:Tv flat screen 41 inch
Husna:mesin basuh automatik
Jannah:set sofa
gta:kuali, periuk,senduk,sudip(ape2 aje la brg dapor)p/s:jgn lupa lesung batu
fika:ketuhar
faezah:langsir dan lapik meja
akmal:blender, periuk nasik, dapor gas
alin:mesin jahit yg leh wat sulam2
Saadi:mikrowave
Iffatun:set pemukul kuih
Haskin:collection buku2(nk wat mini library)
Mimi: Almari tV utk letak kat ruang tamu
Huda:dekoder astro
Ili:celkom broadband modem n byrn fee selama setahun
=)

18. How many kids would you like to have?
ASMP. As many as possible..huhu

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
X pg honeymoon..so, nk record ape bndenye??

20. Whose wedding plan would you like to know next?
SUkma (boleh ppnjm blog sy)

Sunday, February 8, 2009

Saya dibuli oleh rakan2 sejawat saya...










Saturday, February 7, 2009

scene menarik: Kebetulan yang memeningkan





Print screen computer ini diambil pada jam 6.30 ptg ,7/2/2009.
2 insan ini mempunya latar belakang yang berbeza. Seorang merupakan penyanyi nasyid kumpulan wildan,manakala seorang lagi bakal engineer. Namun Apakah persamaan mereka?

Jawapannya: Mereka sama2 bosan pada masa yang sama. hihi.Status mereka hampir sama..huhu..
sebenarnya, aku juga seperti mereka..sangat bosan..(maaf atas entry yg tdk begitu berfaedah ini)

Friday, February 6, 2009

KErja KerJa kERja

Esok, hari yang sedikit sebanyak menetukan masa hdpnku..Petronas written test and ability test. Sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun aku bergelar pelajar UTP. Dan tidak sampai satu sem sahaja lagi akan menamatkan pengajianku.InsyaAllah. Sejujurnya, aku masih belum bersedia untuk meneroka alam baru dan meninggalkan alam persekolahanku. Tetapi, sebagai Muslim yang cemerlang, aku harus sentiasa memajukan diri. Untuk ujian esok, aku hanya membuat persediaan rinkas, tdk cukup masa untuk beusaha banyak disebabkan ada lagi hal2 yang lebih memerlukan perhatianku.Perkiraan aku cukup mudah, jika aku berjaya , Alhamdulillah,memang itu rezeki aku. Jika tidak, Allah mungkin ada sesuatu yang lebih baik, dan lebih sesuai dgn kemampuanku. Ini tidak bermkna aku hnya berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh ke riba. Usaha tetap usaha. Tetapi tawakal la yang bole melegakan kita. Menghilangkan rasa sedih, dan menceriakan diri.
Selain Petronas, aku juga cuba menghantar resume ku kepada kompeni2 lain.Siapa tahu, rezekiku ada di tempat lain. Sebagai graduan yang segar(fresh graduate), aku tidak boleh terlalu memilih pekerjaan.tambah2 lagi kegawatan ekonomi yang melanda seantero dunia sekarang. Mmg kita tidak boleh terlalu memilih. Worst to worst, jika tiada juka pekerjaan yg singgah, aku akan menyambung pengajianku di peringkat sarjana.
Semalam aku hubungi mak dan meminta doa restu darinya untuk ujian esok. Aku mintak mak doakan aku berjaya dlm apa sahaja yang aku lakukan, Berjaya di dunia dan akhirat, dpt kerja cepat, dapat gaji yang tinggi. Tapi mak tak mahu doakan aku mendapat gaji yg tggi. Kata mak, gaji tggi kerjanya susah.Aku juga bersetuju dgn mak, lagi tggi gaji, lagi besar tanggungjawabnya.Tak apa.aku perempuan, akhirnya nnti ke dapur jugak(narrow minded ke aku?)

Monday, February 2, 2009

Herpes Zoster 3

TRONOH,Isnin- Seorang lagi pelajar UTP telah dikenalpasti sebagai mangsa ketiga herpes zoster yang menyerang pelajar kursus pengajian Kejuruteraan Kimia. Mangsa, Jazlin Ernida(nama sebenar), atau lebih dikenali dgn nama Alin telah disahkan menghidap penyakit berkenaan kira2 jam 6 ptg, di poliklinik Sei Iskandar. Doktor yang berbangsa India itu mengesahkan teori mangsa, iaitu merasakan bhwa rashes yg dialami di kaki adlh herpes. Mangsa kemudiannya berkejar ke Taiping pada ptg itu juga setelah mendapat 2 hari MC tidak termasuk cuti esok. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.