Wednesday, April 15, 2009

solat tiang agama

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless didlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kjavascript:void(0)ita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stoking yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

11 Yorum var:

Bebby said...

insap ku udang.lepas tok aku beware la dengan adab pemakaian mun nak solat.thanks 4 info

busyra said...

bagus la...alhamdulillah..mun blog tok berjaya membuka hati ko..

pArAsiT_dUniA said...

thanks 4 the info sis

Jazlin Ernida said...

good entry. satu lagi masa sekolah dulu ustazah i pun pernah pesan jangan pakai anak tudung yang nipis tu time solat, sebab still boleh nampak rambut kan tambah lagi dia pun ala-ala stretch macam socks.

busyra said...

tula..wlupun terpksa tahan panas, cuba gak pkai tudung dlm telekung

amkus said...

btol3..stuju2 dgn post ni..kdg2 sy pon slalu jek pakai stokin je utk solat..tq mengingatkn~

busyra said...

mmg tugas semua manusia amkus...saling berpesan..

Husna said...

saye suke entry ni. Terime kasih di atas pesanan2 itu..~

busyra said...

tq husna...na bile nak updet blog??ke nk tggu si M****a updet baru nk updet..

Husna said...

M*****?? sapekah???

busyra said...

nak kite taip ke??hahaha