Saturday, January 24, 2009

“For every minute you are angry you lose sixty seconds of happiness.”

Semua orang secara normal pasti pernah merasa marah. Tipu, jika ada yang mendakwa bahawa dirinya tidak pernah berasa marah terhadap sesuatu perkara. Setiap manusia ada alas an mereka yg tersendiri untuk berasa marah. Si aida marah terhadap anak muridnya yang nakal, si naz marah kerana dimarah pelanggan tidak tentu pasal,si anak marahkan ayahnya kerana dipaksa membuat sesuatu yg dia tidak minat,si penyelia marahkan anak buahnya kerana tidak menyiapkan kerja, si suami marahkan isterinya kerana bermain kayu tiga, dan beribu alasan lagi tercipta yg boleh menyebabkan marah.
Bagaimana mahu mengawal marah?
1)meluahkan
Luahkan pada seseorang yg anda percayai.jika tiada sesiapa yang boleh anda percayai, mungkin menulis diari, blog, atau menjerit di pantai boleh melegakan anda..
2)menahan
Jadi insan yang bersabar.Cuba tidak memikirkan perkara yang menyebabkan amarah. Tapi kaedah ini mungkin berbahaya pada kesihatan anda di mana anda mungkin mengalami depresi, hypertension, atau murung.Tapi jika kita sabar dan ikhlas insyaAllah, segalanya mampu diatasi.
3)menenangkan diri
Fikirkan sesuatu yang positif bagi menggantikan fikiran2 yang negative.Ingati Allah. “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”-13:28
Cara lain menenangkan diri dengan berwudhuk, membaca AlQuran, solat, bersenam,berjenaka, dan beralih dari persekitaran yg membuatkan marah anda membuak2.

4)Berikan nama anak anda Kazim yakni menahan amarah/sabar..hihi..(credit to A.Long and K.Long:Pinjam nama anak kalian, MOhd Musa Kazim




Diharap agar tips ini berguna bagi anda dan diri saya sendiri terutamanya..


“Anyone can become angry - that is easy, but to be angry with the right person at the right time, and for the right purpose and in the right way - that is not within everyone's power and that is not easy.”

3 Yorum var:

pArAsiT_dUniA said...

musa mmg cute..mak uda nya pun cute juak lah sikit jakkkkkkkkk..hehehe

busyra said...

musa ya kiut sbb pande posing..kmk sik pande gilak posing ya la kiut sikit jak..hehe

dayla said...

ala......cutenyeeeeeeeeee :D